saya mencari saudara yang telah diberikan pada orang lain sebagai anak angkat:
orang yang saya cari ni sebenarnya anak kepada adik nenek saya yang berkahwin dengan seorang berbangsa cina.
The Story begins:
Tempat: KUDAT, SABAH
Timeline: 1968-1969
Why?
disebabkan oleh kemiskinan, keluarga terpaksa memberikan 4 daripada 10 anak kepada orang lain utk diperlihara. 3 daripada nya dapat bersatu kembali dengan keluarga kecuali seorang. nenek Nagahan dan suami menjual sayur dipasar kudat ketika itu dan rumah mereka di kawasan selepas perkuburan cina-kudat.
To whom?
kepada pasangan yang telah berkahwin agak lama tapi tiada anak ketika itu. Orang yang bertanggungjawap memperkenalkan kedua-dua keluarga ini adalah Hiew Sin Fatt (deceased).
Keluarga angkat:
- Cina
- berasal dari SANDAKAN
- Bapa angkat berkerja di hardware shop di KUDAT ketika itu (dipercayai milik keluarganya)
- Pulang ke SANDAKAN, selepas mengambil anak angkat
- bapa angkat sudah meninggal dunia (kalau maklumat ini benar).
**saya ada nama bapa angkat tapi surname tidak diketahui**
The biological Parents
Bapa : Chin Chee Piau (deceased)
Ibu: Nagahan (berbangsa Rungus Momogun)- masih hidup
Asal: Kudat
Missing person @ WANTED
* Male /Lelaki
* lahir antara tahun 1968 atau awal 1969
* diberikan pada bapa angkat sebaik dilahirkan
* dibawa dan dibesarkan di sandakan
* nama tidak diketahui
*** we are postive (with no doubt) that he knew, he was adopted and that his biological parent is from Kudat. He might looking for His original family too..***
* dia dan keluarga angkat pernah ke kudat mencari nenek nagahan dan suami tetapi ketika itu mereka sudah pun berpindah ke tempat lain*
Why Now?
Usaha mencari @ menjejaki keluarga angkat tidak pernah membuahkan hasil. Usaha ini termasuk meminta bantuan dari NGO Sandakan. Ahli Keluarga yang lain sudah berputus asa.
teknologi sekarang sudah maju berbanding tahun 80, 90-an. Peluang untuk menemukan si *orang hilang* ini lebih tinggi.
** PLEDGE**
kepada semua teman-teman, tolong sebarkan maklumat ni kepada semua orang sandakan yang berada di sandakan mahupun yang pernah bermastautin disandakan. Nenek Nagahan cuma seorang lagi yang masih hidup, semua adik-beradik nya(termasuk Nenek saya-Dolumi) sudah meninggal dunia. kami berharap dapat bertemu dan bersatu kembali dengan anak lelaki nya sebelum dia meninggal dunia. Nenek Nagahan pada ketika ni (18-may 2012) sudah tidak dapat berjalan tanpa bantuan. sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk, sila email saya (mysuperbucks@gmail.com) atau hubungi saya terus : 016 608 4679 (linda)