Lontong adalah
sejenis racun yand di perbuat dari air mayat. Guna nya untuk membunuh secara
perlahan-lahan dan mangsa akan menderita kesakitan selama beberapa minggu
sebelum meninggal.
Kaum Rungus TIDAK TAHU menahu apa itu Racun Lontong berbeza
dengan kaum lain dalam rumpun Momogun / KDM.
Kaum Rungus ADA juga menghasilkan
racun, tapi bukan racun yang diperbuat dari mayat.
Bagaimana Racun ini Dihasilkan?
Nah.. part ini kena tahu budaya orang asal. Dahulu, apabila
seseorang itu meninggal, mayat itu akan di masukkan ke dalam tempayan
besar. Anggota badan mungkin perlu di
patahkan dahulu sebelum di masukkan mengikut kesesuaian keadaan. Sekiranya
sukar untuk di masukkan. Leher tempayan itu harus di potong terlebih dahulu
bagi memudahkan mayat itu di masukkan. Selepas itu. Tempayan itu akan di tutup
menggunakan “tipang” . Tipang ini
rupanya seperti besin . atau menggunakkan Gong sebagai penutup.
Adat kaum Rungus, MAYAT HARUS DI TANAM!. Masukkan dalam
tajau, dan tajau itu ditanam. Tetapi kaum KDM yg lain, ada yang TIDAK MENANAM
MAYAT. Terdapat kisah benar dari
Keningau di mana seorang gadis meninggal dan mayat yang tidak di tanam. Gadis
ini satu satunya anak dan ibu bapanya sangat kaya. Ibu bapanya tidak sampai
hati menanam mayat itu lalu mereka telah
mendirikan tiang2 tinggi dari kayu belian, membuat seperti pondok kecil yang
hanya cukup memuatkan keranda di atas tiang kayu belian itu supaya mayat itu
tidak di ganggu.
Ada juga menyimpan tempayan berisi mayat ke dalam gua tanpa
menguburkan tempayan itu.
Selain ‘keranda” jenis ini, terdapat juga keranda yang
menggunakan log kayu besar yang dijadikan keranda, kepingan kulit kayu yg besar
atau hanya dengan menggunakan pelepah pokok pinang.. ini bagi keluarga yg
sememangnya sangat2 la “ketiadaan” atau mayat itu perlu dikebumikan dengan
kadar segera atas sebab sebab tertentu. pelepah pinang ini maksud saya yang
budak2 biasa gunakan main Tarik Tarik. Ada tukang Tarik ada yang duduk jadi
penumpang..heheheh… sya pun ada pengalaman ni .. POingKaa!!
Nah.. kamu faham dari mana datang nya ramuan asas racun
lontong itu dihasilkan??..nak saya huraikan lebih mendalam??. hehehhheheh..
Saya sendiri tidak pernah melihat rupa racun lontong ini
TETAPI SAYA TAHU PENAWAR NYA! Ada yang
cakap racun ini dalam bentuk serbuk @ tepung.
Ada yang kata cecair.
Ramai yang tahu cara menggunakan
racun lontong, tetapi tersangat la sedikit yang tahu penawar nya
Menurut cerita dari sebelah daerah Ranau, Penawar lontong
ini adalah dengan mengikis bahagian dalam tengkorak manusia sebelum dicampur
dengan ramuan lain sebagai penawar.. yang serbuk yg terkikis dari tengorak ini
di panggil kinodou. hehehhe... ini saya tidak tahu kalau2 memang dapat mengubati orang yang kena lontong ni.
Sesiapa yang kena racun lontong ini akan merasa sakit yang
teramat. Perut membesar, badan kurus kering.
Pesakit biasa nya hanya dapat hidup kurang 2 bulan selepas termakan
lontong.
Sebenarnya, sepupu kepada ibu saya berketurunan cina, tiap malam mengerang kesakitan, perut nya
besar. Bila dibawah ke hospital, doctor tidak dapat mengesan sebarang
penyakit. Beberapa minggu kemudian dia
meninggal. Suaminya pula berkahwin dengan perkerja mereka. Suami ini juga
meninggal kemudian. Aunty mama saya itu secara kebetulan telah bertemu dengan kawan lama nya.
Kawan nya juga kenal kepada pekerja yang telah berkahwin
dengan bekas menantu nya itu. Si Aunty mama saya itu beritahu perihal anak dan
menantu nya.
Dari sana kami dapat tahu yang
anak dan menantu sebenar nya di racun menggunakan lontong. Lagi
pula. Pekerja yang berkahwin dengan
menantu lelaki nya itu mempunyai
pengetahuan tentang lontong, pugai (jampi pengasih??) dan ubat
tradisional. Motif nya?... harta!
Kenalan Aunty mama sya juga pernah (bukan mengikis
tengkorak aahh) mengubati orang yang terkena racun lotong.
Menurut nya. selepas makan penawar, kesan yang boleh nampak kurang dalam
6 jam.
Orang yang meracuni lontong ni biasa nya pada waktu ada keramaian, .. ok nanti di sambung
oleh itu jangan buat provokasi ketika masa ARAMAII TII..! sekian